Saya akan menceritakan sedikit mengenai ciri-ciri dan bentuk penampilan makhluk ghaib ini mengikut apa yang pernah saya dengar melalui cerita-cerita orang tua-tua di kampung saya.
1. Orang Babalang:
Ciri-ciri: Orang Babalang ini biasanya dikesan kehadirannya apabila kita tercium sejenis bau yang sangat kuat. Bau ini seakan akan bau darah dan nanah yang sangat kuat menusuk ke hidung.Sesuai dengan namanya Orang Babalang...babalang dalam bahasa Brunei Pimping ialah Berkudis, jadi nama makhluk ghaib ini ialah Orang Berkudis. Saya juga biasa terhidu bau-bau seperti bau orang babalang ini terutamanya selepas maghrib dan diwaktu malam. Jika hendak cuba mengetahui bagaimana bau orang babalang ini sebagaimana yang saya selalu tercium boleh cuba dengan cara menggosokkan dua keping syiling satu sen sehingga panas dan cium bau yang terhasil, inilah bau Orang Babalang, tetapi baunya lebih busuk dan kuat.
Kepercayaan: Orang Babalang dipercayai hanyalah sejenis makhluk ghaib dari kalangan Jin yang kadang-kadang datang melintas di kawasan rumah kita. Untuk menghalau makhluk ini, berdasarkan pengalaman saya semasa kecil, orang tua-tua dulu dulu biasanya akan meminta kita untuk menyebut nama sebenar orang Babalang ini dengan kuat, jelas dan berulang-ulang sehingga bau tersebut hilang. Nama sebenar orang Bebalang ini ialah 'Nantiyu Narukam'. Jadi apabila kita sebut namanya maka mahkluk ini akan merasa malu kerana diketahui namanya dan ia akan bergegas meninggalkan tempat tersebut.
Gambaran Fizikal: Orang tua-tua mengatakan, orang babalang mempunyai kudis yang amat banyak dibadannya. Tiada penjelasan sebenar bagaimana rupa dan fizikal badannya.
Penjelasan alternatif/saintifik: Mungkin saja bau yang sentiasa kami tercium waktu maghrib dan malam ini sebenarnya bukanlah bau jin atau hantu, tetapi bau sejenis haiwan nokturnal yang keluar pada waktu malam dan menghasilkan bau sebegitu, sebagai contohnya bau Kedurau yang selalu juga ada pada waktu malam. Hanya Allah yang mahu mengetahui.
2. Hantu Tinggi
Ciri-ciri: Hantu tinggi dikatakan satu jelmaan lembaga yang sangat tinggi. Orang yang terserempak dengan hantu tinggi ini tidak akan dapat melihat wajahnya kerana makhluk ini sangat tinggi, yang akan hanya kelihatan adalah kakinya dan ianya akan kelihatan hanya seperti bayang hitam yang sangat tinggi.
Kepercayaan: Tidak ada cara yang diajarkan untuk mengelak hantu tinggi. Apa yang perlu dibuat adalah jangan sekali-kali menegur apabila terlihat hantu tinggi. Ada juga yang percaya, kerana ketinggiannya hantu tinggi tidak dapat melihat kita yang kerdil pada mereka. Adalah ditegah sama sekali untuk lalu dibawah kangkang hantu tinggi kerana ini boleh menyebabkan 'keteguran' (demam) yang teruk.
Gambaran Fizikal: Sangat tinggi dan besar, sehingga setinggi pokok kelapa. Akan hanya kelihatan seperti bayang hitam dan biasanya muncul di waktu malam.
Penjelasan alternatif/saintifik: Mungkin sahaja bayangan hitam yang dilihat tinggi itu adalah biasan bayang-bayang daripada sorotan cahaya lampu dari bawah bukit di hadapan kita. Sorotan cahaya lampu ini akan menghasilkan bayangan apabila terkena objek seperti tiang dan menghasilkan bayangan yang panjang (tinggi) yang ternampak seolah-olah mahkluk ghaib. Keadaan seperti ini adalah sama seperti kita ternampak bayangan orang melintas jalan di jalanraya pada waktu malam, padahal bayang itu hanyalah bayang tiang lampu atau batang pokok yang terhasil daripada sorotan cahaya lampu kereta dari arah bertentangan yang sedang bergerak menghasilkan ilusi bayang. Hanya Allah yang maha mengetahui.
3. Kulindahau
Ciri-ciri: Kulindahau adalah makhluk ghaib yang sentiasa menyebabkan kehilangan seseorang. Dikatakan makhluk ini boleh berubah bentuk menyerupai seseorang yang kita kenal. Tetapi dalam bentuk asalnya kulindahau adalah mahkluk yang bersaiz kecil dan pendek, hanya mempunyai ketinggian sekitar paras pinggang hingga ke dada orang dewasa. Kulindahau mempunyai rambut yang panjang dan lurus sehingga ke pangkal betis.
Kepercayaan: Dipercayai kulindahau selalu berkumpulan dan suka menangkap ikan disungai beramai-ramai menggunakan alat seperti bubu. Menurut ayah saya yang menceritakan pengalamannya semasa dia bersama seorang rakannya yang terserempak dengan makhluk ini sewaktu mereka pergi ke sungai untuk memasang bubu di hutan pantai pimping di waktu hampir senja. Makhluk ini berkumpulan dalam kumpulan sekitar 6-7 orang, dan mereka sangat riuh bercakap bahasa yang tidak difahami, tetapi suara mereka agak nyaring dan kecil seperti suara bayi yang masih kecil. Ayah saya dan rakannya sempat menghendap aktiviti makhluk ini sehinggalah mereka hilang di sebalik selekoh sungai. Ayah saya menyatakan makhluk ini agak pendek dan mempunyai rambut yang panjang.
Antara sikap kulindahau ialah suka mempermain-mainkan orang sehingga orang sesat di dalam hutan. Selalunya kulindahau akan berubah bentuk menjadi sesorang yang kita kenali sehingga kita mengikut orang tersebut jauh ke dalam hutan sehingga tersesat. Dikatakan kulindahau hanya dapat menyerupai sebahagian sahaja daripada bentuk fizikal orang yang kita kenal, kita tidak akan nampak keseluruhan muka orang yang diserupainya itu. Kita hanya akan nampak samada dari bahagian belakang atau sisi. Orang tua-tua selalu mengingatkan untuk tidak mengikut sebarangan tanpa melihat muka orang yang kita ikut, jika orang yang kita ikut tidak menoleh walaupun dipanggil, kemungkinan itu adalah kulindahau yang sedang menyerupa untuk menyesatkan kita.
Dikatakan kulindahau bukan sahaja boleh berubah bentuk kepada fizikal manusia yang kita kenal, tetapi boleh berubah kepada sesiapa sahaja yang dia suka, seperti nenek tua atau kepada mahkluk lain seperti binatang yang boleh menyebabkan pemburu sesat kerana mengikut binatang yang sebenarnya adalah kulindahau yang menyerupa. Kulindahau sering dikaitkan dengan kehilangan-kehilangan misteri orang yang masuk ke dalam hutan. Kulindahau bukan sahaja mampu membuatkan orang hilang di dalam hutan, malah ia juga mampu menghilangkan orang terutamanya kanak-kanak di persiktaran rumah.
Pernah terjadi beberapa kejadian di kampung pimping, kanak-kanak hilang yang akhirnya ditemui di loteng rumah atau di kawasan-kawasan tersembunyi di sekeliling rumah. Kanak-kanak yang ditemui ini akan berperangai pelik seperti berbunyi 'hissing' seperti kucing yang sedang marah dan mempunyai mata hitam yang lebih besar dan badan yang licin seperti disaluti minyak. Adalah dipercayai jika tidak ditemui awal kanak-kanak ini akan diberi makan cacing oleh kulindahau dan lama kelamaan akan menjadi sebahagian daripada masyarakat kulindahau dan hilang selama-lamanya.
Penjelasan Alternatif/saintifik: Jika benar seperti apa yang pernah ayah saya ceritakan ketika beliau terlihat sekumpulan kulindahau, maka saya tidak menyangkal bahawa ianya merupakan mahkluk jin yang benar-benar wujud dan berfizikal seperti itu. Berkaitan dengan kanak-kanak yang hilang di mana mata hitamnya nampak lebih besar ketika dijumpai, ini adalah kerana biasanya kanak-kanak yang hilang ini dijumpai ditempat-tempat yang gelap, ini menyebabkan iris mata mereka akan lebih membesar. Badan yang licin dan berminyak mungkin disebabkan oleh peluh yang banyak merembes disebabkan tempat mereka bersembunyi atau disembunyikan selalunya adalah ruang tertutup dan panas. Hanya Allah yang maha mengetahui.
PUCHONG: Apa yang berlaku di alur limpah berhampiran Taman Putra Perdana, dekat sini, tragedi yang mengorbankan enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika operasi mencari dan menyelamat seorang remaja lemas pada 3 Oktober lalu.
Setakat ini ia masih dalam siasatan selepas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menubuhkan satu jawatankuasa untuk mencari punca dan memberi cadangan demi menambah baik prosedur operasi standard (SOP) sedia ada, supaya tragedi seumpama itu tidak berulang.
Setakat ini butiran terperinci kejadian belum diumumkan oleh pihak berkuasa. Namun beberapa pihak, termasuk waris anggota bomba meminta KPKT menjalankan siasatan terperinci dan mengadakan inkuiri untuk mengenal pasti punca kejadian.
Anggota Majlis Keselamatan Aktiviti Air (WASC), Tan Sri Lee Lam Thye, mencadangkan penubuhan suruhanjaya siasatan segera bagi menyiasat punca kejadian, sekali gus dapat menjawab spekulasi dan persoalan berikutan kejadian itu.
Berikutan itu BH membuat tinjauan dan menemui saksi dalam kalangan orang awam yang menyaksikan sendiri operasi menyelamat oleh enam anggota unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada hari kejadian.
Wartawan menemui enam orang saksi, termasuk seorang kawan remaja yang lemas, Muhammad Ilham Fahmy, pengawal keselamatan kawasan perumahan berhampiran, pekerja syarikat kontrak di kawasan berkenaan, pemancing serta orang awam yang membantu pasukan penyelamat pada malam berkenaan.
Kecuali seorang yang sedia mendedahkan identiti, saksi lain enggan dikenali.
Maklumat yang diperoleh hasil temu bual mereka dirangkumkan dan dicantumkan bagi membentuk kronologi untuk mendapatkan gambaran kejadian pada hari berkenaan.
Berikut kronologi berkenaan:
Jam 4 petang:
Mat turun ke dalam air di bawah ‘Drop’ itu. Mat bukan tergelincir dan jatuh seperti dilaporkan sebelum ini.
Ketika itu, paras air meningkat, menyebabkan air turun laju dan pergolakan serta pusaran mula terbentuk.
Tiba-tiba Mat disedut masuk ke dalam pusaran dan tenggelam. Rakan lain hendak membantu, tetapi mereka takut dan tidak tahu apa yang ada di dalam air atau di bawah pusaran itu. Ketika itu dia sudah lemas. (Mayatnya dijumpai keesokannya, hampir satu kilometer dari lokasi dia terjun mandi).
Semua rakan Mat berpakat memberitahu penduduk taman dan laporan kepada pihak bomba dibuat. Mereka kemudian menunggu di lokasi dan orang ramai mula datang ke lokasi.
Pasukan pertama (empat anggota) JBPM tiba.
Anggota penyelamat menemu bual rakan Mat dan membuat tinjauan berdasarkan apa yang mereka beritahu.Namun, mereka tidak memberitahu perkara sebenar kerana bimbang dipersalahkan.
Mereka berpakat mengatakan bahawa Mat jatuh tergelincir ke bawah Drop, bukannya turun sendiri untuk mandi. Ketua operasi mengarahkan anggota lain untuk meninjau kawasan Drop.
Suasana makin gelap dan pasukan kedua JBPM dengan kekuatan tujuh anggota tiba di lokasi, menjadikan semua 11 anggota. Seorang yang dilihat sebagai ketua dilihat mengarahkan tujuh anggota turun ke dalam air. Seorang daripada mereka turun dahulu ke dalam air jauh sedikit ke hilir dan berjalan hampir di tebing ke hulu menghala ke kawasan Drop. Air tidak dalam, sekadar paras pinggang sahaja. Mungkin tujuan anggota itu untuk meninjau keadaan atau kedalaman air.
Tidak lama kemudian dua lagi anggota diarah turun sebagai Team 3 dengan kedua-duanya diikat pada tali ketiga yang hujungnya dipegang oleh anggota diatas tebing. Tali pada semua anggota diikat dengan cara dililit pada badan. Ketika itu suasana sudah gelap dan pencahayaan hanyalah berpandukan lampu suluh, termasuk daripada orang awam yang menyaksikan operasi itu.
Ketika itu, anggota di atas cuba menarik tali apabila melihat rakan tenggelam, namun gagal. Kira-kira 10 minit kemudian semua enam anggota sudah pun lemas.
Tiada pasukan perubatan atau ambulans ketika operasi dijalankan.
Enam anggota disahkan mati lemas. Operasi ditamatkan dan pencarian mangsa lemas sebenar tidak dilakukan. Semua mayat kemudian dibawa ke hospital.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan