Oleh: Mohd Abdullah bin Abd Ghani
Karambunai merupakan kawasan Tanah Tulen karabat diraja Brunei pada satu masa dahulu. Pada masa kini Karambunai merupakan kawasan yang terkenal di Sabah dengan wujudnya sebuah Resort bertaraf 5 bintang iaitu Nexus Karambunai di samping wujudnya juga Pangkalan Tentera di sini. Sejarah Karambunai yang bertulis boleh dirujuk seawal zaman pemerintahan kesultanan Brunei sekitar tahun 18an.
Siapa empunya tanah Karambunai Asal
Tanah Karambunai asalnya adalah milik Sultan Omar Ali Saiffudin I ibni Sultan Muhammad Alauddin II, sultan Brunei ke-19 yang memerintah dari tahun 1740 hingga kemangkatan beliau pada tahun 1795. Tanah Karambunai ini kemudiannya dianugerahkan kepada puteri baginda, Pengiran Anak Siti Khadijah@Puteri Babau dari hasil perkahwinannya dengan Pengiran Anak Putri binti Sultan Hussain Kamaluddin. Puteri Babau kemudiannya berkahwin dengan Pengiran Temanggong Abdul Rauf bin Pengiran Abdul Rahman yang akhirnya melahirkan zuriat Pengiran Jalalludin@Pg. Tua Jalal dan Pengiran Siti Fatimah serta beberapa zuriat yang lain. Tanah Karambunai kemudiannya diturunkan oleh Puteri Babau kepada Pengiran Jeludin@Jalalludin atau dikenali juga sebagai Pengiran Tua Jalal bin Pengiran Temanggong Abdul Rauf. Oleh kerana beliau tidak beranak maka beliau dengan rela hatinya telah menyerahkan Tanah Karambunai miliknya kepada anak saudaranya iaitu Pengiran Abdul Rauf bin Pengiran Abdul Rajit yang merupakan anak kepada adik perempuannya iaitu Pengiran Siti Fatimah binti Pengiran Temanggong Abdul Rauf.
Penyerahan ini dapat dibuktikan dengan jelas melalui satu surat yang ditulis oleh Pengiran Tua Jalal dalam tulisan Jawi yang bertarikh 18 Rabiul Awal 1238 bersamaan dengan 3 Disember 1822. Surat tersebut berbunyi seperti di bawah;
"Bahawa masa itu ada menyatakan, maka adalah kita Pengiran Jalalludin bin Pengiran Temanggong Abdul Raup, telah membuat surat keterangan dan peringatan ini supaya menyatakan kepada mana bangsa orang, maka dengan inilah kita Pengiran Jalalludin menganugerahkan, yang pasal waris pusaka negeri yang tersebut di bawah ini kepada anakanda Pengiran Abdul Raup, serta dengan keizinan keredhaan hati kita yang tersebut nama negeri seperti Mangkabong dan Kinarut yang tulen, Menggatal separuh yang setengahnya adinda Pengiran Fatimah punya, maka mana-mana yang tersebut negeri waris pusakanya yang diizinkan oleh Pengiran Jalaluddin kepada anakanda Pengiran Abdul Raup yang telah tersebut tiada boleh dibatalkan oleh waris dan sanak saudaranya, atau mendakwa pada anakanda Pengiran Abdul Raup. Betul Pengiran Mohamad dan Pengiran Abdul Raup itu keduanya anaknya tetapi Pengiran Abdul Raup yang dibuatkannya anak dia ambil dari kechik sampai besar dia piara sebab itu negeri waris pusaka Pengiran Jalaluddin diwariskan kepada anakanda Abdul Raup yang telah tersebut di atas itu, sahlah dengan terangnya." Tertulis pada 18 haribulan Rabbiul Awal jam pukul 10, 1238.
Isi kandungan surat keterangan penganugerahan tanah waris Pengiran Jalaluddin di atas jelas menunjukkan yang beliau dengan rela hatinya menganugerahkan tanah warisnya yang terdiri dari kawasan Mengkabong, Kinarut tulen dan separuh daripada Menggatal kepada Pengiran Abdul Raup. Beliau juga ada menyatakan bahawa tidak ada sesiapapun yang boleh membatalkan atau mendakwa tanah tersebut milik mereka walaupun Pengiran Mohamad Daud (Pengiran Mohammad Daud ialah anak Pengiran Fatimah dengan suaminya Pengiran Abd Kahar) sekalipun mereka berdua anak Pengiran Fatimah. Ini kerana beliau mengatakan yang Pengiran Abdul Raup adalah anak angkatnya yang dia pelihara sejak kecil.
Kisah terperinci mengenai Karambunai dan pembesar-pembesarnya ini dapat dibaca dengan lebih mendalam lagi melalui penulisan Roslan Masran yang pernah membentangkan kertas kerja beliau semasa Seminar Sejarah Borneo ke-2 di Brunei Darussalam pada tahun 2010. Pautan kepada isi kandungan kertas kerja beliau itu adalah seperti berikut: http://borneohistory57.blogspot.my/2016/10/menyusuri-pewaris-brunei-di-karambunai.html?m=1
terima kasih kerana melestarikan cerita warisan
BalasPadamTahniah Dan terima kasih. Sejarah pedoman hidup
BalasPadamBanyak juga gantong ayat ayat utama nya
BalasPadamBanyak juga nama nama terlibat tentang karambunai ini...lagi lagi terawal
BalasPadamBetul atau tidak...
BalasPadamBagai mana anak pg temenggung abdul rauf bernama pangiran jaluddin...
BalasPadamSedang kan pangiran jaluddin ini punya anak nama pangiran diki
BalasPadamBanar....
PadamBersma dgn pg sahbudin bin pg muhammad bin temangong abdul rauf
BalasPadam