Ahad, 25 Disember 2016

Pahlawan Mat Salleh berdarah Brunei

Oleh: Mohd Abdullah Abd Ghani

Datu Paduka Mat Salleh amat terkenal sebagai seorang pejuang yang memberontak menentang pihak British. Kisah penentangan beliau diselubungi misteri dan penuh lagenda. Penulisan-penulisan arus perdana dan kisah-kisah sebelum ini banyak menceritakan yang beliau merupakan anak seorang ketua tempatan dan berbangsa bajau suluk. Namun tidak ramai yang mengetahui yang sebenarnya beliau juga berdarah brunei. Memang benar beliau berbangsa suluk melalui ayahnya yang bernama Datu Shariff Muhammad Salleh ibni Sultan Iskandar Qudratullah Muhammad Jamallul Azam (Sultan Untong). Datuk beliau merupakan sultan ke-18 yang memerintah Magindanao dari tahun 1837 hingga 1854.Dokumen dari pihak Sepanyol juga merujuk Sultan Untong sebagai Iskandar Qudarat Paharud-Din. Dalam tahun 1837 hingga1845 , beliau menandatangi perjanjian damai dengan sepanyol. Sultan Untong mangkat sekitar tahun 1853 dan 1854. Beliau juga dikenali Datu Untong dan menaiki tahkta Sultan Magindanao melalui penurunan kuasa kepada beliau oleh ayahnya yang dikenali sebagai Rajah Tua.

Nama sebenar Datu Paduka Mat Salleh ialah Datu Shariff Abdul Rashid , walaubagaimanapun beliau lebih dikenali sebagai Mat Salleh kerana lazimnya orang British dan orang barat akan merujuk nama seseorang berdasarkan 'sir name' atau nama ayah. Maka Mat Salleh adalah singkatan dari nama ayah beliau iaitu Muhammad Salleh. Beliau pula berketurunan brunei melalui ibunya iaitu Siti Aisyah binti Pengiran Abd Rauf. Ibu beliau Siti Aisyah adalah anak Pengiran Abd Rauf bin Pengiran Abd Rajit dengan Pengiran Jamaliah yang bersaudara dengan Pengiran Shahbandar Muhammad Salleh (pengarang syair rakis) yang menjadi pemerintah/wakil raja/gabenor Sarawak pada tahun 1824 hingga 1840. yang mempunyai konflik dengan Pengiran Muda Hashim yang akhirnya membawa kepada campurtangan James Brooke yang mengambil alih tampuk pemerintahan di Sarawak bergelar Rajah Brooke dan memulakan dinasti Brooke yang memerintah Sarawak tahun 1841 hingga 1946.

Terdapat juga cerita-cerita dan penulisan yang mengatakan Datu Paduka Mat Salleh tidak mati semasa pertempuran dengan British di Tambunan, sebaliknya beliau menghilangkan diri dan menyamar sebagai orang lain. Beliau berpesan kepada anak cucunya supaya tidak mendedahkan identiti mereka. Antara nama samaran beliau yang menjadi bualan ialah Haji Abdul Salam.

8 ulasan:

  1. Ya..memang sangat menarik..malahan ada cucu cicit Mat Salleh yang masih menyimpan Tarsilah keluarga mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya Pun ada tarsilahnya.. Saya mendapat dari arwah ayah saya sendiri.. dimana tarsila ini di berikan dari angkat paduka mat salleh d kota marudu.. saya sendiri sudah melawat makam nya tahun 2015..

      Padam
    2. *dari anak angkatnya menjaga beliau paduka mat salleh d kota marudu*

      Padam
  2. Saya di fahamkan ramai berebut menjadi keturunan pahlawan mulia ini.. pastinya ada tujuan mereka,ketika saya masih hingusan sempat melihat anak angkat baginda ini bersama2 bapa saudara saya kesemua nya sebelum ke brunei namun takdir allah swt beliau pulang ke rahmatullah.. hari ini saya penyambung perjuangan mereka

    BalasPadam
  3. Bapa saya ada berpadah tentang pohon belunu yang ditanam olih seorang pembesar nama samarannya SI UNTUNG. Ia lari dari kejaran orang yang berkuasa. Mungkin ada berkaitan....

    BalasPadam
  4. Bapa saya ada berpadah tentang pohon belunu yang ditanam olih seorang pembesar nama samarannya SI UNTUNG. Ia lari dari kejaran orang yang berkuasa. Mungkin ada berkaitan....

    BalasPadam
  5. Jadi di mana kah makkam pahlawan tersebut..

    BalasPadam